Monday, April 13, 2009

Cara Terbaik Didik Anak

Dari pagi tadi terfikir nak masukkan entry baru..tapi sayangnya gambar-gambar dalam h/phone tak sempat lagi nak transfer ke pc. Hari ni ingat nak download journal dari Emerald, tapi itu lah masalahnya...lepas je pukul 12.00pm selalunya dia akan keluar benda ni : * There was a problem running the search. Please re-enter the search and try again.

So, time lunch ni bolehlah menjenguk-jenguk kejap kat sini..sebelum mata ni tak larat nak bukak...(nak tidur)..baiklah sibuk2kan diri sikit dengan benda yang manfaat. Tadi singgah kejap kat site ni : http://intim.wordpress.com. Hmm, menarik jugak info yang disediakan especially bab "Cara Terbaik Didik Anak"..

Yealah kita ni kadang-kadang main "samberono" je bila mendidik anak tanpa memikirkan kesannya pada masa yang akan datang. Contohnya, "jauhi anak daripada lagu cinta" isskk terkena tu kat batang idung...Yealah kadang2, kita ni seronok nengok anak kita pandai nyanyi, pandai menari..nampak cute jer..tapi apa consequences nye tak terfikir pun. Lepas ni bolehlah "check up" diri masing2, terbaik ke tak???

Jadi diharap tips kat bawah ni dapatlah membantu sedikit sebanyak yea..Bolehlah praktik perlahan-lahan...kalau buat drastik, terkejut pulak budak-budak tu nanti..

Cara Terbaik Didik Anak

Islam sudah meletakkan kaedah yang baik boleh diikuti ibu bapa dalam mendidik anak-anak, antaranya:

- Didik anak makan dengan tangan kanan, baca Bismillah, mulakan dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya. Elak daripada memandang makanan dan orang yang sedang makan.

- Jangan tergesa-gesa ketika makan. Kunyah dengan baik dan jangan masukkan makanan ke mulut sebelum habis yang ada di mulut. Suruh anak anda berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

- Latih anak agar tidak bermewah-mewah dalam makanan supaya menimbulkan erti kesyukuran dengan apa yang ada. Usah makan terlalu banyak untuk mencegah daripada kebiasaan buruk, iaitu mementingkan perut saja.

- Dahulukan orang lain dalam hal makanan dan latih dengan makanan sederhana serta tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak.

- Didik anak memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan daripada sutera kerana ia hanya untuk wanita.

- Elak anak daripada berkawan dengan mereka yang suka bermegah-megah dan bersikap angkuh. Ini bagi mengelakkan anak anda dipengaruhi sifat buruk seperti suka berdusta, mengadu domba dan keras kepala.

- Tanamkan anak cinta membaca al-Quran dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Anak juga harus dibiasakan menghafal nasihat yang baik, sejarah orang soleh, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan mencontohi mereka.

- Jauhi anak daripada lagu cinta yang sekadar menuruti hawa nafsu kerana ia boleh merosakkan jiwa dan hati.

- Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia, usah segan memujinya atau memberi penghargaan. Jika anak anda melakukan kesalahan kali pertama, usah hebohkan kepada orang ramai, sebaiknya berinya nasihat secara baik.

- Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam berkomunikasi dengan anak. Jangan kasar ketika berbual, berbincang secara hormat.

- Elak anak daripada tidur pada siang hari kerana boleh menyebabkan sifat malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, pada waktu malam, biarkan anak tidur dan jangan paksa dengan aktiviti lain.

- Jangan sediakan anak tempat tidur mewah kerana boleh mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi menjadi kaku kerana terlalu lama tidur.

- Larang anak daripada membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanan di hadapan teman sepermainan. Biasakan bersikap tawaduk, lemah-lembut dan menghormati teman.

- Jauhkan anak daripada kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang hingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

- Ajari anak duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua-dua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Itulah cara duduk yang dilakukan Rasulullah (saw).

- Cegah daripada banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.

- Elak anak daripada banyak bersumpah, baik sumpah benar atau dusta agar hal itu tidak menjadi kebiasaan.

- Anak juga harus ditegah mengeluarkan perkataan keji seperti melaknat atau mencaci maki. Jangan bergaul dengan orang yang suka melakukan perbuatan itu.

- Terapkan anak dengan jiwa berani dan sabar. Puji jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal berkenaan.

- Jika anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkannya bersolat dan jangan dibiarkan meninggalkan wuduk. Cegah dia daripada berdusta dan khianat.

- Biasakan anak mentaati orang tua, guru, pengajar dan mereka yang lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.

No comments:

Post a Comment