Thursday, April 23, 2009

Khasiat Tauge


Ade sesiapa yang tak suka makan tauge??? Kalau tak suka belajar-belajarlah untuk menyukainya ye..Sebab banyak khasiat yang terkandung dalam tauge ni sebenarnya...Saya ada lah bertanyakan beberapa orang mengenai petua untuk cepat dapatkan anak lagi...Kebanyakannya mengesyorkan makan tauge...Saya pun tak berapa pasti sejauh mana kebenarannya. Jadi, saya cuba browse di internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya...Banyak jugak lah pendapat di internet yang mengiyakan kebenarannya..Tapi betul ke tidak Wallah hu a'lam..
Jom bacer....

 mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.
 ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat
melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
 Mengikut kajian ianya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
 Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
 Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
 Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak
mengambil tauge dalam menu harian mereka.
 Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan
lemak baik HDL.
 Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
 Tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
 Membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
 Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Sesiapa yang ada petua pemakanan ke atau apa2 yang boleh membantu untuk mendapat baby lagi...janganlah kedekut ilmu yer....huhu...boleh lah bagi tips yer...huhu..


Ni Ada resepi Tauge Goreng nak share:

Bahan2:
RM0.50 taugeh (akak2 yang duk kat U.K tu kena lah convert duit dulu ek..huhu)
3 ulas bawang kecil - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
3 ketul tauhu - digoreng dan dipotong lapan
1 tangkai cili besar - dihiris
1 sudu besar sos tiram - ikut suka
4 sudu besar kicap - ikut suka
Segenggam udang hidup - dibuang kepala dan ekor
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang kecil & putih biar hingga kekuningan
3. Masukkan udang biar seketika - seminit dua
4. Masukkan kicap dan sos tiram kacau sebati dan tuangkan air
5. Masukkan tauge kacau sebati
6. Masukkan tauhu dan cili besar
7. Masukkan garam, kacau sebati dan tutup api

Note; makan dengan nasi panas ikan goreng dan sambal belacan atau cencaluk...yummy..yummy...sodap!!!!

No comments:

Post a Comment